Beranda > Tokoh Besar Dunia > Tokoh Filsafat Terbesar Islam

Tokoh Filsafat Terbesar Islam

Tokoh Filsafat Terbesar Islam
Ibnu Rusyd atau nama penuhnya Abu Walid Muhammad Ibnu Ahmad adalah ahli falsafah, perubatan, matematik, teologi, ahli fikah mazhab Maliki, astronomi, geografi dan sains. Dilahirkan di Sepanyol (tahun 1126) dan meninggal dunia (tahun 1198) di Maghribi, beliau adalah ahli falsafah yang paling agung pernah dilahirkan dalam sejarah Islam. Pengaruhnya bukan sahaja berkembang luas didunia Islam, tetapi juga di kalangan masyarakat di Eropah. Di Barat, beliau dikenal sebagai Averroes dan bapa kepada fahaman sekularisme. Beliau lahir dalam keluarga yang berilmu dan ternama, di mana bapa serta datuknya merupakan ahli kadi Cordova ( Spanyol ). Selain itu, beliau telah dihantar berguru dengan Ibnu Zuhr yang kemudian menjadi rakan karibnya. Ibnu Rushd mempelajari ilmu fiqh dan perubatan daripada rakannya yang juga merupakan tokoh perubatan yang terkenal di Sepanyol, (Ibnu Zuhr) yang pernah bertugas sebagai doktor istana di Andalusia.

Selain itu, Ibn Rusyd juga telah dilantik menjadi hakim di Sevilla pada tahun 1169 dan dua tahun kemudian beliau dilantik menjadi hakim di Cordova. Beliau telah banyak menyumbangkan jasanya dalam bidang falsafah dan telah menyelesaikan banyak masalah berkenaan dengan perdebatan antara ahli falsafah yang lain mengenai ilmu Allah. Sumbangan Ibn Rusyd bukan hanya setakat itu sahaja bahkan dalam pelbagai bidang lagi antaranya, perubatan, ilmu kalam, falak, fiqh, muzik, kajian binatang, tatabahasa, dan nahu. Sebelum meninggal dunia, beliau telah menghasilkan bukunya yang terkenal Al-Taysir yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin dan bahasa Inggeris dengan judul Faclititation of Treatment.

Salah satu sifat Allah yang menjadi perdebatan hebat antara Mutakallimin dengan ahli falsafah muslim ialah sifat ilmu. Perdebatan mengenai ilmu Allah inilah menyebabkan Al-Ghazali ( w.1111 M. ) mengkafirkan ahli falsafah yang mengatakan Allah itu hanya mengetahui secara keseluruhan sahaja dan tidak mengetahui secara mendalam. Ibn Rusyd atau di kenali sebagai Averroes ( 1126-1198 M. ) cuba menyelesaikan polemic ini dengan mengambil kira pemikiran falsafah dan teologi Islam.
Beliau dengan jelas mengatakan bahawa �Allah mempunyai ilmu kerana ilmu adalah salah satu daripada sifat kesempurnaan-Nya. Seterusnya, ilmu Allah itu adalah abadi dan kekal selama-lamanya�. Beliau berkata demikian kerana beliau tidak membezakan di antara zat Allah dengan sifat-Nya. Hal ini kerana Allah dan sifat ilmu-Nya itu adalah satu. Oleh kerana zat Allah itu qadim maka sifat-Nya juga adalah qadim.

Ibn Rusyd dengan pendapatnya iaitu �Allah mempunyai ilmu� telah mengutarakan dua alasan bagi menyokong pendapatnya itu. Alasan pertama yang diberikan beliau adalah sifat ilmu yang dimiliki oleh Allah itu dinyatakan di dalam al-Quran dalam banyak ayat. Contohnya ayat al-Quran yang bererti : �Dan di sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yang ghaib, tiada siapa yang mengetahuinya melainkan Dia sahaja; dan Ia mengetahui apa yang di darat dan di laut, dan tidak gugur sehelai daun pun melainkan Ia mengetahuinya; dan tidak (gugur) sebutir biji pun dalam kegelapan malam bumi, dan tidak (gugur) yang basah dan yang kering melainkan (semuanya) ada (tertulis) dalam kitab (Lohmahfuz) yang nyata dan terang. (6:59)�

Alasan kedua yang dikemukakan oleh Ibn Rusyd ialah berdasarkan fenomena-fonomena yang wujud di dunia ini yang boleh dilihat dengan mata kepala. Contohnya ayat al-Quran yang bererti : �Tidakkah Allah yang mencipta makhluk itu mengetahui (segala-galanya)? Sedangkannya Dia amat halus urusan tadbirnya dan mendalam pengetahuan-Nya. (67:14)�

Berdasarkan potongan ayat di atas Ibn Rusyd menghubungkan pengalaman kita dengan alam semesta ini, dan menggunakannya sebagai bukti bahawa Allah itu mempunyai ilmu. Beliau berpendapat bahawa semua makhluk yang kita lihat mempunyai penyusunan dan kerjasama yang wujud dalam semua bahagian. Hal ini menunjukkan bahawa perkara ini tidak berlaku dengan sendirinya tetapi sebaliknya menunjukkan adanya seorang yang menyusun segalanya itu, dan sudah semestinya orang itu mestilah yang berilmu. Oleh yang demikian Allah sebagai pengarah semua yang wujud mestilah mempunyai ilmu, dan ilmu-Nya itu mestilah yang paling sempurna seperti zat-Nya juga. Selain itu, Ibn Rushd memberi perbincangan yang luas mengenai ilmu Allah dalam bukunya Tahafut al-Tahafut dan Tafsir Ma Bad al-Tabiah. Dalam bukunya Ibn Rushd menyokong pendapat ahli falsafah yang menyatakan bahawa Allah tidak mengetahui perkara lain selain daripada zat-Nya sahaja. Beliau memberikan beberapa alasan bagi menyokong pandangannya itu iaitu tidak ada potensi pada zat Allah dan zat Allah itu adalah sesuatu yang �wajib al-wujud� yang tidak sesekali menerima sebarang perubahan.

Berdasarkan alasan-alasan yang diberikan oleh Ibn Rusyd di atas, kita mengetahui bahawa Allah hanya mengetahui zat-Nya sahaja. Masalah ini melahirkan dilema dalam fikiran kita, dan bagi menyelesaikan dilema ini Ibn Rushd menjelaskan hal ini secara teliti dan berhati-hati sekali melalui ungkapan : �Prinsip pertama (Allah) tidak mengtahui perkara lain selain zat-Nya�. Ungkapan itu bermaksud Allah mengetahui semua perkara kerana ilmu-Nya itu adalah sebab kewujudan semua perkara. Contohnya manusia dan kepanasan, di mana manusia yang hanya mengetahui kepanasan api tidak boleh dikatakan dia jahil mengenai tabiat kepanasan objek panas kerana ia mengetahui tabiat panas itu dengan sebab ianya panas. Oleh yang demikian, melalui perspektif yang sama Zat Yang Pertama (Allah) mengetahui sesuatu yang maujud dengan zat-Nya sendiri. Beliau menerangkan lagi bahawa Allah itu bukanlah jahil tentang makhluk kerana Allah adalah sebagai sumber segala maujudat, dan dengan mengetahui zat-Nya sendiri sudah cukup untuk Allah mengetahui objek lain.

Seterusnya Ibn Rusyd menegaskan bahawa kekeliruan yang berlaku mengenai ilmu Allah ini adalah di sebabkan berlakunya kesilapan qias antara ilmu qadim (ilmu Allah) dengan ilmu baharu (ilmu manusia) dan qias seperti ini menurut beliau adalah salah. Beliau menjelaskan bahawa kita tidak boleh kat bahawa Allah mengetahui sesuatu di alam ini sama ada dengan ilmu baharu atau ilmu qadim, kerana ianya adalah bidaah dalam islam. Islam melarang perbincangan mengenai ilmu Allah dalam bentuk dailektik (cara berfikir yang logik) kerana di kuatiri akan menyimpangkan akidah seseorng itu. Beliau menyatakan lagi bahawa ilmu Allah dan ilmu manusia adalah berbeza kerana ilmu Allah sebab wujudnya maujudat manakala ilmu manusia adalah disebabkan maujudat.

Akibat daripada ini ialah ilmu manusia itu relatif kerana ia dicapai melalui beberapa peringkat. Ianya bergerak daripada am kepada khusus dan semua ilmu manusia adalah bersifat pasif dan kesan daripada maujudat. Ilmu Allah menguruskan maujudat, dan maujudat menerima aktiviti ilmu Allah. Ilmu manusia itu tidak sempurna dan mengikut objek yang diketahui, ianya berdasarkan pengalaman harian yang mana ilmu yang kita terima daripada deria memberikan pengalaman yang menguruskan maujudat. Manakala ilmu Allah pula adalah sempurna kerana perbuatan mengetahui itu adalah zat- Nya sendiri dan ilmu-Nya tidak terlibat dengan masa, sama ada sebelum atau selepas. Secara kesimpulannya dapat disimpulkan bahawa Ibn Rushd menerangkan secara teliti berkenaan dengan ilmu Allah yang sebelum ini membawa kekeliruan kepada ahli falsafah yang lain. Seterusnya, Ibn Rushd membuat ringkasan kesimpulan mengenai perbincangan tentang ilmu Allah adalah seperti berikut. Pertama, terdapat beberapa kekeliruan yang kadang-kadang amat ketara jika ilmu Allah ditinjau dari sudut ilmu falsafah. Kedua, satu jalan yang dapat mengatasi kekeliruan itu ialah umat Islam khasnya golongan massa, tidak perlu membincangkan secara mendalam dan panjang lebar tentang ilmu Allah kerana di kuatiri akan menyesatkan dan penyempangkan mereka hingga membawa kepada syirik. Ibn Rushd menyatakan lagi bahawa cukuplah hanya sekadar apa yang diterangkan di dalam al-Quran dan al-Hadith.

  1. Belum ada komentar.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: